MERENUNG BAHAGIA.....

Merenung...
Bahawa gelar manusia beriman itu.. Bukan yang tidak pernah berdosa, bukan yang tak pernah silap, bukan yang tak pernah tergoda.

Dia yang bergelar beriman, dosa tidak menjadikan diri terus bernoda..silap tak menjadikan masa depan gelap, godaan tak menghalang pulang kepada TUHAN.

Merenung...
Sakinah bukan tak pernah bersengketa, tetapi yang terus saling menjaga, mengenepi amarah dan ego semata...
Besar jiwa kerana ILAHI..
Lebar menebar harmoni, meminggir emosi syaitoni.

Merenung...
Mawaddah bukan tak pernah tergoda, dek dunia yang memuja harta, jelita dan nama..
Tetapi yang membumi niat, tekad dan matlamat...
Dunia dilabuh pada yang halal..
Untuk akhirat yang lebih kekal.

Merenung...
Rahmah bukan dek sering berbual mesra...mengungkap kasih tak kira masa...
Tetapi yang bijak membaca suasana...jiwa bertaut penuh makna..Diam atau berkata-kata, keduanya bahasa menjemput cinta.

Merenung...
Dia yang beriman...
Khilaf membawanya kembali...
Taubat kepada ILAHI..kemaafan dari insani...Selagi usia masih berbaki...mujahadah tak berhenti..
Sakinah, mawaddah wa rahmah nilai bahagia di dunia ini.



Mencari dan terus mencari cinta ILAHI.

Jumpa lagi, In shaa ALLAH.



Comments

Unknown said…
Hye, I'm a new blogger :) Salam perkenalan, Mohon singgah blog saya awksweetgitu.blogspot.com :)
~fam~ said…
Assalamualaikum kak haslina.

Lama tak baca garapan pena akak. Alhamdulillah. hari ni saya berpeluang. Moga kak sekeluarga diberkati umur dan dimudah kan rezeki.

-fam-
Bintu Fadz said…
subhanallah! bahasa yg ustazah gunakan sangat halus, dan menyapa lembut perasaan saya yg begitu dahagakan mutiara kata. Moga ustazah terus istiqamah dalam memartabatkan mata pena sbg saham akhirat.

saya masih terlalu mentah untuk menulis. namun sudilah kiranya utk melawat ke blog saya untuk memberikan sedikit komen yg membina kepada hamba faqir ni.

http://bintu-fadz.blogspot.com
Unknown said…
salam ukhwah..salam ziarah =)

Popular posts from this blog

JANGAN HILANGKAN.....

Pernahku... ( Sempena 8030 hari mengasihimu )

YANG PERTAMA DAN KEDUA