10 June 2012

BUKAN BABU, BUKAN JUGA RATU

"Assalamualaikum kakak. Saya hanya mahu bertanya. Apakah pendapat kakak tentang pautan yang saya sertakan ini? Boleh kakak bagi penerangan yang jelas tak tentang isu ni? Adakah seorang lelaki itu perlu menjadi kuli pada isterinya sedangkan isterinya hanya duduk makan tidur makan tidur di rumah sahaja?

Saya tertanya-tanya sebab jika lelaki yang perlu membuat kerja rumah, maka apa tugas isteri di rumah yang sebenar-benarnya?

Memangbenar, kalau di zaman moden ini ramai wanita bekerjaya, maka keadaan itumungkin boleh diterima iaitu suami sama-sama membantu melakukan kerja-kerja rumah...tetapi jika si isteri tidak bekerja...dan sangat-sangat pemalas untuk membuat kerja rumah, maka terpakaikah perkara ini pada si isteri yang tidak bekerja dan tugasnya di rumah hanya makan tidur makan tidur sahaja?”

Demikian paparan soalan pada kotak mesej Facebook yang tertera di hadapan mata saya. Ia datang dari seorang gadis yang masih muda dan belum menempuh alam rumahtangga.

Bersama emel tersebut, dia menyertakan satu paparan kata-kata yang menurutnya merupakan satu petikan ceramah atau tazkirah seorang ustaz melalui corong radio. Petikan itu berbunyi :



BEBERAPAPANDANGAN
Bila bercakap urusan rumahtangga, kerap kali perdebatan tentang hak dan tanggungjawab akan menjadi pertikaian yang tidak berkesudahan. Isteri menuntut suami melayaninya bak permaisuri, sementara suami pula menjadikan ketaatansebagai sebab untuk isteri mesti melakukan itu ini.

Saya percaya, ramai yang memaklumi bahawa terdapat perbincangan mengenai pengurusan rumahtangga seperti tugas-tugas membasuh, memasak dan mengemas di kalangan para ulama silam termasuk ulama empat mazhab, yang mana sebahagian mereka menyatakan bahawa tugas-tugas tersebut bukanlah kewajipan seorang isteri, sebaliknya ia terpikul di bahu seorang suami.

Walaubagaimanapun,terdapat sebahagian yang lain berpandangan sebaliknya iaitu pengurusanrumahtangga adalah tugas seorang isteri, tetapi ia bukan kewajipan yang difardukan, sebaliknya ia merupakan perlaksanaan tanggungjawab atas nama kasih sayang dan husnul mu’asyarah ( layanan yang baik ) terhadap suami. Imam Ibnul Qayyim menukilkan :

“Semulia-muliawanita di dunia, iaitu Fatimah r.a. sendiri memberikan khidmat bakti kepada suaminya – Ali bin Abi Talib – sehingga suatu ketika dia mengadukan kepayahannya kepada Rasulullah SAW.

Perbezaan pandangan sebegini bukanlah sesuatu yang pelik atau tidak baik, bahkan ia menunjukkan keluasan dan kepelbagaian yang menjadi rahmat kepada umat Islam.

Seterusnya, ALLAH SWT berfirman didalam kitab-NYA yang mulia :

وَلَهُنَّمِثْلُ الَّذِي عَلَيْهِنَّ بِالْمَعْرُوفِ

Maksudnya: Dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajibannya menurut cara yang ma’ruf. ( Surah al Baqarah ayat 228 )

DrYusuf Al Qaradawi ketika membahaskan ayat ini di dalam karyanya, FatawaMuasirah Lil Mar’ah, beliau menegaskan bahawa khidmat bakti serta layanan baik seorang isteri kepada suaminya adalah perkara ma’ruf bagi sesiapa yang menekuni ayat-ayat ALLAH SWT. Seharusnya seorang isteri menyedari bahawa perlaksanaan tugas seperti menyapu, memasak, membasuh dan seumpamanya bukanlah perkara ma’ruf bagi lelaki, khususnya mereka telah dipertanggungjawabkan untuk bekerja mencari nafkah di luar rumah. Oleh itu, adalah adil bila isteri memainkan pula peranannya di rumah dengan melakukan kerja-kerja rumahtangga.

Hujah ini diperkuatkan lagi oleh pendapat Syed Sabiq didalam Fiqh as Sunnah :

“Asas yang diletakkan oleh Islam untuk menjayakan kerjasama di antara suami isteri serta menyusun kehidupan rumahtangga bersama adalah berdasarkan fitrah dan tabiat manusia. Lelaki lebih kuat untuk bekerja menyara keluarga, sementara isteri lebih mapan untuk mentadbir urusan rumahtangga, mendidik anak-anak serta memudahkan sebab-sebab kerehatan dan kedamaian di dalamnya. Justeru, lelaki ditaklifkan dengan sesuatu yang sesuai untuknya, manakala wanita pula dipertanggungjawabkan dengan sesuatu yang juga bertepatan dengan tabiatnya.Dengan ini, suasana rumah adalah ‘mesra urus’ dari luaran dan dalamannya.” ( Jilid 2, m.s 201 )

JALANKEBAHAGIAAN
Demikian juga pandangan peribadi saya terhadap perkara ini. Jika ada suruhan nabi agar isteri perlu dilayan bak ratu, sudah pasti yang lebih layak menerima semua itu adalah para isteri, anakanda nabi dan sahabiyyat yang menjadi isteri kepada lelaki-lelaki terbaik di era Baginda. Akan tetapi jelas termaktub dalam untaian sejarah, para wanita solehah ini tetap melakukan kerja-kerja rumah sehingga suatu saat Fatimah r.a. datang mengadukan kesukarannya lalu Nabi SAW memujukdengan mengajarkan zikir penguat jiwa.

Andai suami sudah bermandi peluh dan keringat, juga memerah minda dan jasadnya untuk mencari nafkah keluarga, apa salahnya isteri membantu menyelesaikan kerja-kerja rumahtangga. Ia bukan sekadar untuk meringankan beban suami, tetapi demi cinta isteri yang mahukan kedamaian dan ketenangan di rumah bagi menjadikan suami lebih bertenaga untuk bergelanggang buat ummah.



Kerjasama yang ditunjukkan ini seharusnya diambil oleh para wanita akhir zaman ini sebagai suri tauladan dalam memainkan peranan sebagai isteri yang baik iaitu :

1. Menjadi penolong bagi suami.
Isteri mengisi kekurangan, mengganti atau mewakili sosok suami bila diperlukan. Iajuga bermaksud, seorang isteri itu memiliki mutu dan harga diri yang melayakkannya menjadi ‘harta’ bernilai milik suami. Kepadanya ditumpahkan sepenuh cinta dan percaya dalam menjaga rahsia rumahtangga.

Dengan kebijaksanaannya ini, dia mengatur rumahtangga melalui sifat rajin dan berfikir kreatif. Bila dia membuka mulutnya, ia berlaku dengan hikmah, iaitu tahu waktu harus berkata-kata sesuai dengan tempat dan situasi. Saat bila pujian harus diberikan serta ketika mana pula muhasabah dan koreksi kepada suami dibicarakan.

Disamping itu, peranan yang tidak dilupakannya ialah berusaha menjaga penampilan diri agar tampil menawan di mata suami yang dikasihi. Seorang isteri yang melalaikan diri sukar untuk menjadi penolong yang baik. Begitu juga, dia tidak alpa dalam setiap munajatnya dengan menyebut penuh luhur kasih nama suami dan anak-anak agar kebahagiaan mereka dinaungi rahmat dan keberkatan dari-NYA.

Kerana itu, isteri yang bijak akan berusaha membangun rumahtangga, tetapi isteri yang jahil akan meruntuhkan dengan tangannya.

Gelar penolong ini diberikan oleh ALLAH SWT sendiri sebagaimana firman-NYA :

وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاء بَعْضٍ يَأْمُرُونَبِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلاَةَ وَيُؤْتُونَالزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللّهَ وَرَسُولَهُ أُوْلَـئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللّهُإِنَّ اللّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

Maksudnya: "Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang makruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan sembahyang,menunaikan zakat, dan mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." ( surah at Taubah ayat 71 )

2. Taat dan menghormati suami
Istilah tunduk dan hormat ini, mungkin merupakan istilah yang agak menjengkelkan bagi isteri yang dominan terhadap suami, terlebih bagi isteri yang memiliki alasan rasional untuk dominan dalam keluarga seperti lebih berharta, berasal dari keturunan yang mulia dan ternama, bekerjaya dengan menjawat jawatan utama dan seumpamanya. Namun agar keluarga menjadi bahagia, prinsip-prinsip keluarga yang diredai perlu ditaati. Kehancuran keluarga hari ini, kemungkinan besarnya adalah kerana prinsip tersebut diabaikan atau dipandang sebelah mata. ALLAH SWT dan Rasulullah SAW telah memberikan panduan bagaimana seorang isteri memperlakukan seorang suami, iaitu tunduk, taat dan hormat sebagai jalan ketaatan kepada ar Rahman.

Firman ALLAH SWT :

الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاء بِمَا فَضَّلَ اللّهُبَعْضَهُمْ عَلَى بَعْضٍ وَبِمَا أَنفَقُواْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ فَالصَّالِحَاتُقَانِتَاتٌ حَافِظَاتٌ لِّلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللّهُ وَاللاَّتِي تَخَافُونَنُشُوزَهُنَّ فَعِظُوهُنَّ وَاهْجُرُوهُنَّ فِي الْمَضَاجِعِ وَاضْرِبُوهُنَّفَإِنْ أَطَعْنَكُمْ فَلاَ تَبْغُواْ عَلَيْهِنَّ سَبِيلاً إِنَّ اللّهَ كَانَعَلِيًّا كَبِيرً

Maksudnya: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana ALLAH telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan karena mereka (lelaki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang solehah, ialah yang taat kepada ALLAH lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh kerana ALLAH telah memelihara (mereka).Wanita-wanita yang kamu khawatirkan nusyuznya, maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya ALLAH Maha Tinggi lagi Maha Besar.”(Surah an Nisa’ ayat34 )

Ketaatan kepada suami itu pula diikat sepenuhnya dengan keharusan syari’at, selagi ia bukan maksiat. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

"Tiada ketaatan kepada makhluk pada menderhakai ALLAH 'Azzawajalla." (Riwayat Ahmad)

3.Mengasihi Suami dengan reda dan ikhlas
Jalan kebahagiaan sesebuah perkahwinan di dunia ini, seterusnya berkesinambungan di akhirat nanti, terangkum dalam dua patah kata yang sederhana tetapi amat bermakna : iaitu reda dan ikhlas. Inilah yangmenjadi asas para sahabiyyat tetap menguli tepung, mengangkat air dan membersihkan kediaman dengan tangan mereka sendiri walau tubuh dihambat lelah dan penat yang amat.

Asma’binti Abu Bakar pernah berkisah :“Ketika aku menikahi Zubair, dia belum punmempunyai rumah, juga tidak mempunyai hamba. Dia tidak memiliki apa-apa di mukabumi ini selain kudanya. Akulah yang biasanya menggembala kudanya, memberinyamakan, dan merawatnya. Selain itu aku juga yang menggiling kurma, menggembalaunta, memberinya minum, dan membuat roti. Sebenarnya aku tidak begitu pandai membuatroti, jadi jiran tetanggaku di kalangan orang Ansarlah biasanya membuatkan rotiuntukku. Mereka adalah wanita-wanita yang ramah." ( al Mar’atu fiat Tasawwuri al Islami, Abdul al Muta’ali, m.s 113 )

Muslimah solehah ini antara barisan sahabiyyat yang memahami erti reda dan ikhlas. Apa yang dilakukan bukan menuntut dibalas, tetapi sebagai penyerahan diri yang tuntas kepada ALLAH SWT.

Apa jua perbuatan, perkataan dan ekspresi perasaan yang lahir dari seorang insan, andai ikhlas menjadi paksinya, maka ia umpama susu; nikmat dilihat dengan warna putih yang menyegarkan , mudah pula dicerna menjadi energi bagi jiwa,seterusnya menggerakkan amal soleh sesama manusia. Lebih-lebih lagi, jika ia dicorakkan pada kanvas rumahtangga, maka kebahagiaan pasti menyinarkan warna indahnya.

Firman ALLAH SWT :

وَإِنَّ لَكُمْ فِي الأَنْعَامِ لَعِبْرَةً نُّسْقِيكُممِّمَّا فِي بُطُونِهِ مِن بَيْنِ فَرْثٍ وَدَمٍ لَّبَنًا خَالِصًا سَآئِغًالِلشَّارِبِينَ


Maksudnya : "Dan sesungguhnya pada binatang ternak itu benar-benar terdapat pelajaran bagi kamu. KAMI memberimu minum daripada apa yang berada dalam perutnya (berupa) susu yang bersih antara tahi dan darah, yang mudah ditelan bagi orang-orang yang meminumnya." ( An Nahl ayat 66 )

BUKAN BABU, BUKAN JUGA RATU
Buat akhirnya, kesimpulan saya, tidak perlu meng 'highlight' kan istilah RATU pada memberi layanan buat isteri, apatah lagi istilah BABU pada menggambarkan kerja-kerja seorang isteri dalam rumahtangga.

Bimbang jika wanita hanya mengambil yang 'manis' sahaja dari kenyataan para ilmuwan agama yang sesuai dengan kehendak dirinya tanpa pernah memuhasabah diri tentang peranan menjadi hamba ALLAH yang terbaik di muka bumi ini. Kalau menjadi isteri itu bagai ratu, maka perlukah seorang ibu mendidik anak perempuannya bak puteri raja?

Kesenangan itu di 'sana' nanti, di mana isteri solehah menjadi permaisuri bidadari, manakala suami yang soleh menjadi raja yang dilayani sepenuh hati. Di dunia ini, tempat kita menuai budi, menabur bakti. InsyaALLAH, sekecil zarah pasti berbalas kebaikan di sisi ILAHI.

Cukuplah dengan memahami istilah isteri ( zaujah ) iaitu pasangan kepada seorang lelaki bergelar suami itu sendiri sebagai memaksudkan peranannya. Ia diisi dengan kebersamaan, keterikatan hati, saling berkerjasama dan menyintai dalam menghasilkan keharmonian rumahtangga.

Walaubagaimanapun, dalam suasana zaman yang sudah berubah, di mana wanita bekerja membantu suami menjana ekonomi keluarga, maka sinergi antara keduanya dalam melaksanakan tanggungjawab rumahtangga amat diperlukan. Sementelah wanita itu diumpamakanseperti tulang rusuk, maka ‘melentur’nya memerlukan kehatian-hatian dariseorang suami yang adil lagi bijaksana.

Justeru,buat para suami yang baik budi, hayatilah bait syair indah ini :

“Bukan dari tulang ubun ia dicipta, sebab berbahaya membiarkannya disanjung dan dipuja,

Tidak juga dari tulang kaki. kerana nista dan cela menjadikannya diinjak-injak dan diperbudak,

Tetapi dari rusuk kiri, dekat dengan hati bagi dicintai, dekat dengan tangan bagi dilindungi…”

Itulah kami, seorang isteri.





Mencari dan terus mencari cinta ILAHI,


Jumpa lagi, InsyaALLAH.

2 comments:

indahhouse said...

Assalamualaikum,
Salam perkenalan ummuhusna,
Saya ada terbaca Nabi SAW pernah berkata: "Wanita yang utama dan yang pertama akan masuk Syurga ialah Khadijah binti Khuwailid, Fatimah binti Muhammad SAW., Maryam binti 'Imran dan Asyiah binti Muzaahim, isteri Fir'aun".
Saya tidak tahu diriwayatkan oleh siapa, tetapi ia sedikit panduan buat gadis yang bertanya itu.

Nama-nama wanita itu disanjungi di dalam al Quran dan oleh Rasulullah sendiri.Saya sendiri, semasa alpa dengan diri saya, dan tenggelam dalam kelemahan diri, saya teringat sirah wanita2 yang terpilih. Bagaimana sikap mereka, cara mereka, kebolehan mereka, tauladan dari mereka. Mungkin kita bukan superwife, tetapi takkan kita tidak berbuat kerja apa-apa di rumah? Tidak takutkah dipandang rendah oleh suami atau sesiapa? Untuk mnjadi wanita yang baik dan dihormati, harus ada kebolehan diri. Maafkan saya jika tersalah kata, sama-sama belajar.

Halimatus Saadiah said...

salam,,,kak,,maaf andai tersalah,,izinkan saya memberi pendapat & ilmu yang saya miliki,,tugas rumah adalah tanggungjawab bersama,ketika suami tiada dirumah isteri mengambil tempat membantu tugasan rumah,tetapi andai suami ada dirumah,sama2lah ambil tugas tersebut,,berdasarkan kisah fattabioni,,sbgaimana rasulullah melayan isteri2ny,,bgnda menyediakan mereka pembantu sedangkan isteri2ny tidak punyai anak,pernah suatu hari Aisyah tidak memasak,baginda terus berpuasa walaupon pada masa i2 bgnda sgt lapar,,,maaf sekali lagi andai pndgn sy ini tidak bertepatan,,sama2 kita perbaiki,,^__^