15 December 2011

SABAR DAN SYUKUR

Melakukan maksiat memang mengasyikkan,

kedurhakaan terlihat cantik dan mempesonakan,

lantaran syaitan menghiasinya dengan keindahan yang palsu, tidak berkekalan

justeru, berSABARlah pada menjauhi maksiat…

dan berSYUKURlah, kerana imanmu menjadi penyelamat dengan rasa malu pada-NYA.


Melaksanakan ketaatan selalu terasa berat,

ibadah bagai beban,

memelihara kesolehahan bagai mengurung , menyekat dan menyesakkan…

justeru, berSABARlah pada melakukan ketaatan…

dan berSYUKURlah, kerana imanmu membangkitkan kesedaran bahawa ALLAH itu amat dekat.


Dan, berSYUKURlah kerana ALLAH terus mendatangkan ujian cinta-NYA..

yang dengannya kita tahu bahawa kita masih memerlukan DIA

dengan berSABAR untuk meneruskan kelangsungan hidup di dunia....

tetapi, kasihanilah diri sendiri andai merasa setiap impian, hajat dan doa telah dikabulkan...

kerana bimbang, ia hanya habuan di dunia semata,

tanpa sedikit pun yang tersisa untuk kelangsungan hidup di akhirat sana.......


Umpama dua cengkerang tiram yang melindungi sebiji mutiara bergemerlapan...

begitulah SABAR dan SYUKUR…..

keduanya adalah cengkerang yang melindungi jiwamu..

agar gemerlap taqwanya mampu menjulang dirimu ke sisi Yang Maha Esa....


Mencari dan terus mencari cinta ILAHI.

Jumpa lagi, InsyaALLAH.


6 comments:

waniez said...

kak, mohon share perenggan ke3, sgt menarik & penuh makna..jazakallah.

Jasmin said...

peringatan & perkongsian yang sangat menarik...
terima kasih ukhtie...

arco iris niƱa said...

terima kasih auntie,kerana kata-katamu, sentiasa menyentuh jiwa,supaya mengenali cinta Illahi (:

Hassan said...

Salam Sejahtera ...
Blog yang indah ~~~~

mamawana said...

Sabar dan syukur..
Amat mudah utk menyebut melafaznya
Mampukah..
Sabar dan syukur
Apabila...
Hidup bagai sebatang kara
Tiada ibu tiada bapa
yang mengajar alif Ba Ta
Tiada keluarga
Tiada saudara yg sudi membantu
walhal adikberadik senang bermaharajalela
Mampukah sabar dan syukur
Kerana kita selalu
Berpura2 hidup bahagia
Seseorang itu tidak dianggap beriman selagi dia belum diuji.

Maaf...saja2 mengusik jiwa
Permisi..
Salam ziarah.

MuslimahCollections said...

rasanya permata kita sebut sebutir... bukan sebiji....