CHAT : Satu pandangan

Dalam usrah baru-baru ini, saya dan sahabat-sahabat seusrah bersama naqibah banyak membincangkan tentang pergaulan tanpa batas hari ini terutama di kalangan remaja walaupun mereka berlatarbelakangkan pengajian agama di universiti.

"Saya tengok 'suasana' di ***, dah tak sama sebagaimana ketika saya mengajar di sana 15 tahun yang lalu..." kata seorang rakan usrah.

Pada saya, bila memperkatakan tentang remaja, orang dewasa juga perlu 'melihat' dirinya sendiri, bahawa mereka adalah cerminan kepada individu yang masih muda di bawah mereka.

Contohnya, bagaimana seorang ayah/ibu berchatting di fb, YM atau seumpamanya bersama lawan gender, tidak mengawal kata-kata, pertanyaan yang meleret-leret tanpa keperluan, maka keadaan yang sama juga boleh berlaku di antara anak-anak dan rakan-rakan mereka atau mungkin mereka menjadi lebih jauh lagi dari apa yang dilakukan oleh ibu bapa.

Saya masih ingat ketika berusia awal 20-an suatu masa dulu ( masih di IPTA ) saya menelefon seorang alim yang amat saya hormati cara pergaulannya dan penghormatannya kepada kaum wanita. Sebaik mengangkat gagang telefon, beliau terus bertanya apakah keperluan saya menghubunginya. Bila saya melontarkan persoalan, beliau terus menjawab pertanyaan itu, tanpa bertanya lebih lanjut seperti saya belajar di mana, jurusan apa dan seumpamanya . Sebaik selesai memberikan jawapan, beliau meminta maaf, memberi salam dan terus mengakhiri perbualan.

Pada saya, inilah contoh yang amat baik agar pergaulan antara dua jantina dapat dijaga sebaik-baiknya. Walaupun jarak usia antara keduanya mungkin jauh, namun syaitan tidak memandang itu semua. Asal saja ada ruang, fitnah yang merosakkan boleh saja mengetuk jendela rasa. Setiap sesuatu itu bermula dengan langkah pertama...demikian juga dalam perhubungan antara 'Adam dan Hawa' ini.

Amanah dalam menjaga batas perhubungan, baik di hadapan orang lain atau ketika bersendirian inilah yang menjadi ujian semua orang baik seseorang itu bergelar ustaz/ustazah sekalipun. Seorang suami/isteri, boleh saja menahan diri atau mengawal perbualannya ketika berchatting/ berbual dengan orang lain berlainan jantina di rumah atau ketika pasangan dan anak-anak ada bersama, akan tetapi bila bersendirian di pejabat atau ketika berjauhan dari pasangan dan anak-anak, maka kawalan itu sudah longgar.....terlepas dari batas dan sempadan.

Di sini, situasi yang ada menuntut kejujuran kita kpd ALLAH dalam mengukur sejauhmana urusan kita itu satu keperluan atau mengikut nafsu semata-mata. Dan kejujuran itu pula bergantung sejauhmana iman kita kepada-NYA. Jika muraqabatillah kita kuat ( iaitu merasa diri sentiasa dalam pandangan ALLAH ), maka itu yg akan menjadi pengawal kita. Jika tidak maka kita akan hanyut bersama dengan teknologi moden ini.

Saya memohon perlindungan dari ALLAH SWT dan mengajak kita semua melihat ke dalam diri, kita adalah cerminan kepada generasi masa depan.

Andai benar kita menyayangi anak-anak kita, marilah bersama memperbaiki cara pergaulan kita. Baik di alam maya, lebih-lebih lagi di alam realiti.

Apa pandangan sahabat-sahabat pembaca?

Mencari dan terus mencari cinta ILAHI.

Jumpa lagi, InsyaALLAH.

Comments

peMimPi said…
salam kak,
mohon pandangan bagaimana batas pergaulan dan perkenalan antara perempuan dan lelaki yang berniat untuk membina ikatan perkahwinan?
Anonymous said…
Betul tu kak dan saya akui perkara ini terjadi kpd diri saya juga.. Saya juga dalam proses menghindarkan diri drpd 'chat'dengan insan yang berlawanan jantina.. InsyaALLAH..Tetapi, andai kata perbualan (chat) tersebut dimulakan oleh 'dia' (bukan saya), bgaimanakah cara (cara sopan & mhormatinya) untuk mematikan pbualan tsebut? Harap Kak Ina dpat membantu.. =)
@LeenShamsh said…
This comment has been removed by the author.
az-ila said…
Assalamualaikum akak,

saya zila, silent reader blog akak dah lama dah:)

saya tertarik dgn entry ni..boleh x saya nak sharekan dkt fb untuk manfaat bersama..terima kasih:)
Mastura Asri said…
saya suka entry ni :)
Anonymous said…
assalammualaikum.. kak,minta kongsi yer. terima kasih..
Nuruddin Azri said…
salam.nice post.

besarlah harapan saya untuk admin blog ini supaya me'link'kan blog saya pada blog ini.cukuplah sekadar pautan itu.dan saya sendiri pun sudah linkkan blog ini di dalam blog saya.

moga sama2 dpt kongsi ilmu utk menegakkan Islam dan meneruskan hunusan pena2 dakwah.

apa2 pun semuanya tertakluk kepada admin blog ini sama ada handak bersetuju dgn perkongsian ini atau tidak.

sama2 dpt manfaat.

boleh lawati saya di

http://nuruddinazrizulkifli.blogspot.com/
Bicara yang ringkas tetapi sangat bermanfaat dan relevan dalam kehidupan kita di abad ini.
ieda said…
kita selalu terleka kerana sikap mengambil mudah.tapi pada saya batas keimanan menjadi benteng yg kuat.sentiasa ingat bahawa apa yg kita lakukan sentiasa diperhatikan oleh Allah.sentiasa takut padaNya...insyaAllah kita terhindar dari melakukan kesilapan.

Popular posts from this blog

JANGAN HILANGKAN.....

Pernahku... ( Sempena 8030 hari mengasihimu )

YANG PERTAMA DAN KEDUA