20 October 2011

BERIKAN KAMI FURQAN...

“Apa pandangan kak long?” saya bertanya seraya mengarahkan matanya ke satu foto di skrin komputer.

Di hadapan kami terpapar gambar seorang gadis dengan fesyen tudung terkini gadis remaja. Sengaja saya bertanyakan pandangan kak long tentangnya. Mana tahu, sedikit sebanyak dapat juga saya menyelami naluri berfesyen anak dara sulung saya ini.

“Hmmm…too stylish.” Ringkas jawapan kak long. Saya menganggukkan kepala, tersenyum dan kembali menatap foto gadis yang mengenakan turtle neck inner di sebelah dalam dengan lilitan tudung dari satin pada bahagian luarnya sebagai pelengkap.

Biarpun tudung yang disarungkan sudah menutupi bahagian dada, namun keseluruhan penampilan dan gaya yang ditunjukkan masih ada yang tidak kena.

“Lengan bajunya pada ummi agak ketat…”saya menambah. Kak long mengiyakan dengan sedikit kerutan di dahinya. Wajahnya agak tegang. Entah apa yang difikirkan.

“Kak long tak suka lengan baju ketat…susah nak ambil wuduk,” luah kak long, sekaligus menjawab persoalan saya tentang wajah seriusnya tadi.

Buat kesekian kalinya saya membalas kata-katanya dengan anggukan bertali. Membenarkan setiap patah yang dibicarakan. Bersyukur ke hadrat-NYA, kerana dalam menjejak usia 12 tahun, kak long telah dapat membezakan pakaian yang selayaknya dikenakan oleh seorang wanita.


PERBINCANGAN

Saya sering berbual-bual santai dengan anak-anak gadis saya, terutama kak long dan kak ngah, berkait pemakaian wanita muslimah.

Kedewasaan mereka seiring kemunculan pelbagai jenama fesyen hari ini, sedikit sebanyak memerlukan penjelasan dari semasa ke semasa agar pemilihan penampilan dan gaya tidak bercanggah dari kehendak Yang Maha Esa.

Biarpun, ada segelintir muslimah moden hari ini merasakan isu aurat dan yang berkait dengannya sebagai isu kecil, tetapi pada saya, selagi mana sesuatu perkara itu mengenengahkan hukum ALLAH SWT dan masalah-masalah yang berada di sekitarnya, selama itulah isu tersebut sangat perlu diambil perhatian walau berapa kali ia diulang penjelasan.

Ia peringatan, juga sebagai satu usaha nasihat menasihati yang sangat disarankan oleh Ar Rahman.

Firman-NYA dalam Surah Az-Zaariyat ayat 55 :

وَذَكِّرْ فَإِنَّ الذِّكْرَى تَنفَعُ الْمُؤْمِنِينَ

Maksudnya : Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman.

Tidak surut kebimbangan di jiwa saya sebagai seorang ibu bila melihat perkembangan dunia fesyen hari ini, termasuk pakaian yang berlabelkan busana muslimah. Aspek pemilihan material dan penentuan rekagaya ( design ), adalah dua perkara penting yang sangat perlu dititikberatkan.

Bukan sedikit busana muslimah yang diatasnamakan sebagai jubah di kedai atau butik pakaian, diperbuat dari kain ‘strechable’ serta ‘plain’ pula, menjadikan pemakainya cenderung menampakkan susuk tubuh terutama ketika berlaku pergerakan seperti berjalan dan lain-lain. Usahkan ditiup angin, tanpa bayu yang berhembus pun sudah boleh menyerlahkan lekuk-lekuk di badan. Tidak kurang juga busana muslimah yang dipakai betul-betul mengikut saiz badan menjadikan pakaian tersebut cukup sekadar membalut, bukan menutup kerana menonjolkan bentuk tubuh yang mengiurkan.

ANTARA KETAATAN, PERJUANGAN DAN TREND

Jujurnya, saya melihat perkembangan dunia fesyen busana Muslimah hari ini sudah semakin tersasar dari landasan yang benar.

Andai di era permulaan perintah hijab, ketika Rasulullah SAW masih bersama, para sahabiyat mengenakan pakaian menutup aurat sebagai manifestasi dari ketaatan mereka atas akujanji : Sami’na wa atho’na.

Keadaan ini terserlah dari tindakan mereka menarik apa sahaja yang tercapai dek tangan sebaik mendengar ayat hijab dibacakan oleh saudara-saudara lelaki mereka baik suami, abang atau ayah. Suasana ini terakam indah pada hadis Rasulullah SAW :

“Ketika kami bersama ‘Aisha RA, kami menyebut mengenai kelebihan wanita Quraisy, lalu ‘Aisha menyampuk: “Memang benar wanita Quraisy ada kelebihan, tetapi demi ALLAH sesungguhnya aku tidak pernah melihat wanita yang lebih baik daripada wanita Ansar dari segi kuatnya iman dan pegangan mereka terhadap kitab ALLAH. Apabila ALLAH turunkan ayat (yang bermaksud) : ‘…dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka…’serta-merta suami-suami mereka balik dan membacakan kepada mereka apa yang ALLAH turunkan kepada mereka, anak perempuan mereka, saudara perempuan mereka dan semua kaum kerabat mereka, sehingga tiada seorang perempuan pun daripada mereka melainkan bergegas mencari apa saja kain yang ada di sekeliling mereka lalu bertudung dengannya sebagai membenarkan dan membuktikan iman kepada apa yang diturunkan ALLAH, maka jadilah mereka wanita yang bertudung bersama Rasulullah SAW, seperti sekumpulan gagak hitam berada atas kepala mereka.” ( Hadis riwayat Abu Daud )

Sementara pada era 70-an dan 80-an di Malaysia, pakaian menutup aurat seakan menemui nafas baru dengan para muslimat yang berkesedaran memperjuangkannya walau ada di antara mereka berhadapan sindiran, ejekan dan perlecehan hingga dipanggil sebagai hantu pun ada. Namun itu semua tidak melunturkan semangat mereka untuk tetap tampil menutup aurat sempurna.

Akan tetapi, di era millennium ini, kala fesyen busana muslimah semakin mendapat tempat di kalangan wanita biasa, selebriti dan wanita ternama, rata-rata yang mengenakan tudung dan busana tersebut, kelihatan belum benar-benar memahami tuntutan sebenar dari kehendak ILAHI. Ia lebih mengikut 'trend' berbanding kesedaran untuk melangsaikan kewajiban.

Kerana itu, masih ramai yang bertudung tetapi memakai baju ketat dengan legging atau seluar sendat.

Akibatnya, keindahan wanita yang sepatutnya terlindung di sebalik hijab menjadi lebih mempesona dan membangkit ghairah lelaki yang rosak jiwanya untuk ‘menikmati’ dengan mata ‘luas terbuka’!

BUKAN MUDAH!

“Bukan mudah untuk orang perempuan menghadapi cabaran arus berfesyen hari ini, bang…” suatu ketika saya berkongsi rasa bersama suami tercinta. Sekadar meluahkan apa yang terbuku di dada.

Terkenang bait-bait emel yang dikirimkan oleh beberapa muslimah, bertanyakan tentang kecantikan pakaian-pakaian yang banyak dijual di pasaran. Tidakkah boleh mereka memakainya di luar? Sementelah mereka juga wanita bekerjaya. Penampilan adalah antara subjek penting untuk menambah keyakinan di alam pekerjaan.

Saya cuba menghayati ‘naluri’ wanita yang semestinya sentiasa menginginkan kecantikan membaluti diri. Melihat gaya semasa, dia mahu mencuba. Bila muncul ‘trend’ terkini, dia juga tidak mahu ketinggalan sama.

Biar ‘up-to-date’!

Masakan tidak. Melangkah sahaja keluar dari rumah, di jalan raya, di dalam bas, lif sehingga tiba di pejabat untuk bekerja, mata akan menangkap pelbagai fesyen dan gaya anggun mewarnai suasana. Sedikit sebanyak, rasa cemburu dengan penampilan serba indah orang lain mampu menggugah jiwa. Sukarnya untuk bertahan dan kekal dengan penampilan yang sudah tidak lagi menjadi pilihan ramai, sedangkan jika dibuat perbandingan, pakaiannya itu sudah menepati kehendak agama.

Memang tidak mudah melawan arus. Tersilap berpegang dan berpaut, diri akan hanyut…

“Mungkin ini salah satu yang dinyatakan sebagai sabar dalam mengerjakan ketaatan. Wanita yang benar-benar mahu mengenakan pakaian yang bertepatan kehendak syari’at semata-mata demi memenuhi tuntutan agama, kerana DIA semata, perlu mempertingkatkan kesabarannya supaya tidak mudah ‘tergoda’ dengan arus semasa yang bagai melambai-lambainya untuk turut serta….” Saya menambah.

Suami mengangguk-anggukkan kepala. Mungkin mengiyakan, mungkin juga sebagai satu tindakbalas untuk menenangkan. Sememangnya, bagai berkurang beban rasa, bila dapat meluahkan hal sebegini kepadanya.

FURQAN

Berbicara tentang hijab yang disyari’atkan ke atas wanita Muslimah, saya suka untuk berkongsi satu ayat cinta yang saya rasakan baik untuk kita semua bermuhasabah.

Firman ALLAH SWT :

يِا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إَن تَتَّقُواْ اللّهَ يَجْعَل لَّكُمْ فُرْقَاناً وَيُكَفِّرْ عَنكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ وَاللّهُ ذُو الْفَضْلِ الْعَظِيمِ

Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu bertakwa kepada ALLAH, nescaya DIA akan memberikan kepadamu furqaan dan menghapuskan segala kesalahan-kesalahanmu dan mengampuni (dosa-dosa) mu. Dan ALLAH mempunyai kurnia yang besar.”( Surah Al-Anfal ayat 29 )

Setiap pilihan sikap, tindakan atau apa sahaja pasti akan dipertanggungjawabkan di hadapan ALLAH. Di tengah-tengah kecelaruan dengan kemunculan pelbagai fesyen yang mengelirukan, antara putih atau hitam menjadi pilihan, hanya taqwa mampu menyinarkan kebenaran.

Lalu, andai satu saat disodorkan dua pilihan; antara kebaya dengan tudung tidak melepasi dada, dan baju kurung dengan tudung labuh pelengkap gaya, pasti furqan dalam jiwa muslimah bertaqwa membuat pilihan yang kedua!

Inilah jaminan ALLAH SWT kepada hamba-hamba-NYA yang ikhlas dalam melaksanakan ketaatan.

Maka, dengan anugerah taqwa yang membuahkan ‘furqan’ pada individu muslimah inilah dia mampu berpegang teguh dengan prinsip, melakukan penambahbaikan dari semasa ke semasa dan tidak mudah goyah dengan apa jua hambatan dunia.

UMPAMA GULI

Hakikatnya, individu yang ‘terpesona’ dengan keindahan dunia sementara ini adalah seumpama dua biji guli yang diletakkan di hadapan mata. Ia kecil berbanding persekitaran luas yang berada di sekitarnya, tetapi jika diletakkan tepat -tepat di depan mata, pandangan akan terhalang. Kita tidak akan mampu lagi melihat persekitaran luas dengan bebas dan lepas.


Sebaliknya, jika guli tersebut dibawa menjauh dari mata, sedikit demi sedikit, kita akan mampu melihat apa yang ada di hadapan dengan jelas.

Pandangan mula bebas, terbuka luas!

Demikianlah dunia. Guli ini adalah 'simbol' dunia yang sangat ‘kecil’ berbanding akhirat. Ketika ramai Muslimah hari ini menempat dan mencintai dunia ini ‘terlalu dekat’ dan berlebihan, maka kepentingan akhirat yang jauh lebih besar, jauh lebih penting, jauh lebih berharga, jauh lebih utama, menjadi ter'tutup' kerananya.

Untuk itu, agar tidak terjebak ke dalam tipudaya dunia yang kecil ini, tempatkan ia pada kedudukan yang wajar sebagaimana firman-NYA :


وَابْتَغِ فِيمَا آتَاكَ اللَّهُ الدَّارَ الْآخِرَةَ وَلَا تَنسَ نَصِيبَكَ مِنَ الدُّنْيَا وَأَحْسِن كَمَا أَحْسَنَ اللَّهُ إِلَيْكَ وَلَا تَبْغِ الْفَسَادَ فِي الْأَرْضِ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُفْسِدِينَ

Maksudnya : "Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan ALLAH kepadamu dari (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) dunia dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana ALLAH telah berbuat baik, kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di (muka) bumi. Sesungguhnya ALLAH tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan." ( Surah al Qasas ayat 77 )

BERIKAN KAMI FURQAN

Buat kesekian kalinya, saya ingin mengajak muslimah semua untuk memugar semula kefahaman kita tentang busana yang benar-benar patuh syari'ah. Selama mana kita masih mengikat hati dan tunduk dengan keinginan 'dunia wanita' dalam diri kita, selagi itu kita belum mampu 'membezakan' hijab yang syar'ie dengan yang sebaliknya.

Ia menutup, melindungi dan sekaligus menjadikan mata-mata yang memandang, terdorong melakukan ketaatan,bukan sebaliknya; menaikkan nafsu, memuntah rasa cemburu dan hasad yang merosakkan jiwa. Biar pun mungkin ia tidak dizahirkan secara lisan, tetapi ia memakan jiwa dalam sehingga lahirnya muslimah yang keliru dalam beragama.

Terlalu banyak design yang menarik di pasaran, tetapi sejauh mana keprihatinan kita untuk 'menghijrahkan' design yang menarik itu sesuai kehendak ILAHI, benar-benar melindungi tubuh sendiri dan bukan semata memenuhi keinginan peribadi atas nama agama yang suci ini.

Sebagai wanita, saya yakin, ramai yang sering teruja untuk 'meniru' gaya seseorang terutama selebriti dan tokoh ternama yang kelihatan cantik dan anggun dengan penampilan, pakaian dan tudungnya, tanpa lebih dulu bercermin dan 'jujur' melihat diri. Tidak semua gaya dan penampilan wanita lain yg cantik pada pandangan mata, akan turut cantik bila dikenakan ke atas diri sendiri.

Anda bukan Hana Tajima, anda juga bukan Ana Althafunnisa. Anda bukan sesiapa melainkan anda adalah diri anda sendiri. Justeru, kenali tubuhmu, mesrai naluri iman dalam jiwamu dan dari situ tentukan gayamu. Namun, jangan sesekali lupa, pastikan penampilan itu mendapat 'restu' Yang Esa...

Hindari ego diri, kerana yang mahu kita menangkan adalah reda ILAHI!

Wahai TUHAN kami, kurniakan kami furqan….

أَللَّهُمَّ أَرِنَا الْحَقَّ حَقًّا وَارْزُقْنَا اتِّبَاعَهُ وَأَرِنَا الْبَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَا اجْتِنَابَهُ

Mencari dan terus mencari cinta ILAHI.

Jumpa lagi, InsyaALLAH.


19 comments:

FatiHa Ismail said...

Assalamualaikum, Alhamdulillah, syukur di atas artikel yang banyak mengingatkan diri ini mengenai kepentingan menutup aurat dengan sempurna. Mohon share ye. Terima kasih. :)

Zalikha said...

Salam kak,

Just wanted to share my thoughts. Let's just be frank about me. Saya belum lagi pakai hijab, tp sbb few years ni saya belajar di IIUM, and to tell you the truth, tak banyak good "role-model" pun di situ yg membuatkan saya jadi confused, sakit hati and ragu2. Dari dikecam and dipinggirkan kerana sy tak pakai tudung diluar kampus sehinggalah pernah sekali saya diugut.

Tapi yang kelakarnya selpas dah grad, saya rindu hendak mengenakan hijab, apatahlagi, selepas grad saya jauh dari org2 yg menghina saya sbb tak pakai tudung..so saat ni saya tahu..hati saya sudah mula and dah ready nak start engine to pakai hijab.

Sejarah saya is that i come from a conservative family, mak dan adik saya start pakai tudung sejak 2-3 tahun yang lalu..auntie sy, lecturer medic UIA, mmg seorg yg kuat berdakwah tp ofcourse, cara dia berdakwah takdelah nak kata kesat2 kt saya or menakut-nakutkan saya..which is good.

dari kecik mmg sy dididik utk jgn pakai sexy kalau dulu pakai seluar pendek, masuk sekolah dh takpakai..dari berskirt masa sekolah menegah now mmg dh taknak dah..and as grow into my mid-twenties, i am learning to harden my prinsip to not wear sexy.

So alhamdulillah, now my fashion sense is much much more appropriate walaupun sebenarnya bagi standard bdk bandar, sy dh mmg dikira goody2 dan nerd, sbb sy mmg solat 5x puasa secukupnya ect..cuma satu je missing yg parents sy mmg nk sy discover sendiri..hijab.

Mak Ayah saya yg sudah pun hajah dan haji let me decided for myself, and kalau sebelum ni sy benci2 sgt dgn org yg paksa sy pakai tudung..lepas grad sy dah jauh dr mereka..sy rasa sgt tenang.

I had time to think about hijab. So currently i am taking my time...i feel like soon, i would love to don the hijab FULL-time.

but now..comes this issue..itu salah ini salah..kalau dulu sy dipinggirkan dan dikecam sbb tak bertuudng..now..kalau sy start pakai tudung..bakal dikecam lagi..kadang2 geram, menyampah, meluat tgk org post2 all these wtv notes on FB...memerli dan sebagainya..ouch, really hurts my mission and goal to get used to hijab.

From what i know, sebenarnya dalam Islam ni, frankly speaking, hampir semua benda tak boleh.

Kita tak boleh tgk wayang.
Kita tak boleh keluar rumah tanpa muhrim.

basically semua benda tak boleh, if you get what i mean, that is why we try to improvise. Youcan't expect everyone to wear a tudung labuh if they want to wear a turban or tudung gaya lilit2.

Zalikha said...

(sambungan)


You can't force people, like how people force and hate me. IT WON'T CHANGE A THING. The human's psychology has always been abt improvising and surviving. Though as a muslim we should settle for the second best, but we must draw the line, a clear line on what is right, what is wrong, and what is averagely good for the ummah.

But we must try our best. Kadang2 mcm2 issue keluar..let me tell you..i have seen the worse of org yg hilang hidayah mmg gelap langsung..and sy tgk org yg sentiasa cuba mengekalkan iman...trust me when i say, kalau those girls nak bergaya dgn hijab, LET THEM BE..mmg betol ada yg terover, but most of them are on the right path.

I cry when i see my friends clubbing and drink alcohol..but now i am crying bcoz even yg dh bertusung nak bergaya sikit pun salah. So semua salah, and expect we all to nak pakai telekung terus.

So, maybe...someone has to come-up with a good tudung telekung, cover habis takyah ada org complain dh, except for org kafir yg bakal kata how "backwards" we are.Kuno, opressive...then, issue lain pulak timbul..

Jadi kesimpulan-nya adalah, apa yang baik kita pupuk. Apa yg buruk kita tegur, tp..

jangan sampai org mcm saya jadi fed-up. Sbb sedang sy mencari gaya hijab yg boleh sy aplikasikan yg sesuai dgn karier, gaya hidup, energy dan attitude saya..bila timbul isu2 ni..terus.....sy jd marah..and mcm takut2 nk pakai hijab.

dah confused balik...

Ok, tu je sis. :) maaflah kalau sy nampak mcm lepas geram, just that lately semua benda pasal tudung dijadikan issue, kalau pasal baju2 ketat tu saya faham sbb sy yg tak bertudung pun mmg cuba avoid as my first steps towards hijab.

Wassalam...

Zalikha said...

ada sedikit kesalahan,

**though as a muslim we should NOT settle for the second best.

ummuabbas said...

Assalamu'alaikum Zalikha,

Saya ingin mencadangkan agar Zalikha back to basic dalam menambah kefahaman Islam sebagai cara hidup. Bermula dengan memahami pengertian kalimah Syahadah, memahami konsep fikah yang luas dan topik penyucian jiwa/hati. "Tak kenal maka tak cinta" kata orang. Insya Allah, bila Allah dikenali, kita lebih mudah memahami erti hidup, tujuan hidup dan ke mana kita akan pergi. Ignore dahulu kecaman orang sekeliling dan cuba dekati mereka yang baik akhlaknya. Usah difikirkan apa yang orang akan kata bila mahu mengambil sesuatu tindakan, tapi banyak berfikir apa yang Allah akan kata. Hanya bila Allah meredai diri kita, jiwa akan terasa tenang.

Mungkin artikel ini boleh membantu menambah kefahaman tentang hidup;

http://keranacinta.wordpress.com/2010/03/21/adakah-allah-tidak-mampu-menghalang-perkara-yg-dibencinya-daripada-berlaku/

Mohon maaf di atas segala kekurangan.

Wassalam.

SAlam ukhuwwah,

Ummu Abbas

Noraslina binti Jusin said...

Salam semua :)

FATIHA ISMAIL : Alhamdulillah. Silakan. Semoga lebih ramai mendapat manfaat dari penulisan ini. Segala yang baik dari-NYA jua.

" هَذَا رَحْمَةٌ مِّن رَّبِّي "

Rashidah Ismail said...

Bismillahirrahmanirrahim..
Saya pun selalu terkeliru, style apakah yang sesuai dan cantik untuk saya. namun, di sebalik itu, saya juga terfikir, pandangan mata dan hati manusia terlalu limited. Sampai satu masa kita akan rasa tidak puas lagi, dan lagi dan terus2an akan tak puas sehinggalah kita cari style baru. Akhirnya, bila kita kembalikan pandangan kita kepada pandangan Allah yang tergambar melalui ajaran Islam, di situlah terjawab segala kepuasan, cuma seberapa kuatkah untuk kita laksanakan. Allah is the one who creates us, He knows what best for us. Bukanlah perlu sampai memakai telekung, cuma bila kita cuba 'menutup' itu, tutup lah dengar appropriate sehingga dapat mengelakkan pandangan org2 yang ada penyakit di hatinya.
Saya setuju dengan Kak Ina..Namun, meskipun beberapa kali saya 'menerai' tudung labuh, hati saya blm jugak sedia mau memakainya. Tapi bila tengok org lain pakai, terasa bagai she's so protected. Semoga Allah kuatkan hati saya...
To Sis Zalikha, there's so much we need to discover bout the beauty of Islam.And sometimes, what we think is not just the way it is. Marilah sama2 cari ilmu, dun gv a damn of what ppl say espcially those who are jahil.we just find the right ones and im sure Kak Ina can help us, InsyaAllah..ye dak Kak Ina?;).Maaf kalau saya tersilap cakap. Semoga Allah berkati kak Ina dan sekalian yang membaca entry Kak Ina...
Wallahualam.

Fahim said...

Salam K.Ina, terima kasih atas artikel yang sungguh bermanfaat.
Saya ingin bertanya satu soalan yg juga berkaitan dengan aurat iaitu pemakaian stokin. Adakah terdapat khilaf dalam pemakaian stokin ini kerana saya lihat ada yg sempurna menutup auratnya tetapi tidak memakai stokin dan orang tersebut bukannya org yg calang-calang agamanya...harap ada yg dapat membantu memberi penjelasan...
Terima kasih...

Noraslina binti Jusin said...

ZALIKHA :Pertamanya, salam ukhuwwah kak ina hulurkan :)

Terima kasih atas sisi pandang yang Zalikha ketengahkan berkait penutupan aurat ini.

Sebagai seorang muslim, tiada yang lebih menggembirakan selain dapat menyebar manfaat, mengenalkan keindahan Islam yang amat luas terbentang, seterusnya menginginkan kebaikan buat semua muslimat, baik yang belum bertudung, yang memasang niat untuk bertudung atau yang telah bertudung. Sesungguhnya kebaikan itu ialah apa yang menenangkan hati, melapangkan dada dan membahagikan jiwa.

Hakikatnya, apa yang boleh dalam Islam itu luas, tidak sempit jika kita benar-benar memahami manual dan operasinya, termasuk aspek pemakaian muslimah hari ini.

Bukanlah tujuan penulisan ini untuk menentukan apa yang baik dan sesuai dipakai oleh mana-mana muslimah, dalam suasana apa sekalipun. Ia sekadar mencetuskan buah fikiran agar kita semua mampu membezakan dari sekian banyak fesyen yang ada, yang mana benar-benar menepati syarat penutupan aurat yang sempurna buat diri kita.

Kak ina bersyukur dan mengucapkan syabas kepada Zalikha kerana menjaga solat dan puasa sebaiknya. Namun, satu perkara yang baik untuk kita semua fahami ialah solat yang hakiki dan ikhlas akan menghasilkan seorang yang gerun melakukan dosa, serta akan mendorong seseorang untuk tanpa lengah menunaikan tanggungjawab yang diarahkan ALLAH.

Zalikha boleh baca link ini untuk penjelasan lanjut :

http://www.zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/898-tak-mahu-hipokrit-akhirnya-bertambah-dosa.html

Buang rasa ragu untuk berubah kerana ia adalah cetusan syaitan yang selalu bertindak untuk menjauhkan manusia dari kebenaran. Kak ina setuju dengan pandangan Kak Nur ( Ummu Abbas ). Hanya apabila memiliki aqidah yang sahih, ibadah yang sahih dan akhlak yang sahih, maka kita akan menjadi ummat yang berdisiplin, maju, bertanggungjawab, tabah dan berjaya.

Walaubagaimanapun, sebagaimana Kak ina selalu sebutkan kepada sahabat-sahabat sewaktu usrah/kelas, bahawa manusia tidak mampu mengalahkan syaitan hanya dengan kepandaian dan ilmu. Tetapi dengan taqwa dan ikhlas sahaja kita dapat selamat dari kesesatannya.

Muhasabah bersama :)

Noraslina binti Jusin said...

KAK NUR ( UMMU ABBAS ) : Terima kasih kak. Artikel yang amat menginsafkan untuk muhasabah bersama.

Wan Zuraida said...

salam ukhwah kak ina. sy skrg mula utk bertudung labuh, dan sy mula merasakan 'keselesaan dan keselamatan' dgn bertudung labuh. namun ada jg yg tdk menggalakkan sy bertudung labuh. terasa sgt sedih jg, hanya kpd Allah SWT sy memohon di teguhkan hati agar dpt menepis kata2 org. krn pandangan Allah SWT yg lebih utama. apbl membc artikel kak ina, sy berasa yakin dgn pilihan sy. doakan agar sy istiqomah dlm bertudung labuh ini. sy tdk mahu mempersiakan hidayah yg di berikan Allah SWT ni. =)

Zalikha said...

Salam akak,

yes, thank you..i will read those article..i have managed to meet more and more people that inspires me lately..the change of heart because nobody forces me really made me realized how far i've goned in searching for Allah's forgiveness..yelah sebelum ni kita stress dgn org, tak sedar..now,InsyAllah lah...sy nervous...but i think i should be okay.

Please i pray i get it over with and wear the hijab soon..i am also trying to make my other "social" friends to realize the importance of praying ect...

Thank you akak! Thank you semua! :) love your blog though, jumpa through FB. LOL.

fahmi.net said...

Assalamu'alaikum..

Terima kasih Kak Ina atas artikel yg sgt menyemarakkan semangat saya dalam mencari redha Allah dalam aspek MENUTUP AURAT.

Suatu masa dulu, saya prnah mengikut trend fesyen semasa (up-to-date), pakaian memang tidak ada yang longar-longar, make-up pulak sangat menarik perhatian kepada sesiapa yang memandang, perfume, masya Allah, kalau boleh satu baldi nak spray kat badan, tudung, jangan cakap la kan, memang tak pernah tutup dada, jauh sekali nak pakai stokin utk tutup aurat kaki.

Hanya Allah sajalah yang tahu apa niat saya ketika itu.

Selepas saya menikahi suami saya, saya mula berjinak2 dengan blog ustaz zaharuddin (suami Kak Ina) yang banyak memperkatakan tentang aurat wanita serta GANJARAN yang Allah akan beri atas ingkarnya kita(wanita) dengan syariat Allah. Subhanallah, Allah telah membuka pintu hati saya melalui artikel ustaz zaharuddin untuk berubah dan terus berubah.

Secara jujurnya, sangat sukar untuk berubah. berubah memerlukan hati yang kuat dan sabar serta doa kepada Allah, semoga Allah tidak memalingkan hidayah dari hati kita, setelah Dia telah kurniakan kepada kita. Saya mula melabuhkan tudung saya, sebagai pelengkapnya, saya memilih pakaian longgar. Memang semua yang melihat terkejut, tak kurang pula yang mengatakan saya dh tukar jd KAMPUNG bila mengenakan pakaian yang sedemikian.

Hanya Allah saja yang mengetahui perasaan saya, saya yakin inilah yang terbaik dari Allah untuk saya. Alhamdulillah.

Saya mendiamkan diri saja apabila di'cemuh' sedemikian rupa. Suami pula, memberikan sokongan, tidak mengapa, biar buruk pd pandangan masyarakat, tetapi mulia di sisi Allah. Insya Allah.

Tetapi, baru2 ini, saya berpeluang memberikan ulasan kepada komen yang diberi oleh rakan2 sekerja tentang penampilan saya. Saya berkata, saya mahukan redha Allah dan saya tidak mahu suami saya memikul dosa saya kerana tidak menutup aurat dengan sempurna.

bagi saya, biarlah saya berpegang kepada 2 perkara tersebut demi memperolehi kebahagiaan dunia dan akhirat. Insya Allah.

bagaimana sukarnya Rasulullah S.A.W bersama Saidina Abu Bakar mahu berhijrah dari Mekah ke Madinah, tidak sesukar kita berubah dari tidak menutup aurat dengan sempurna kepada menutup aurat dengan sempurna. Tetapi dlm pada masa yang sama, Hijrah memerlukan PENGORBANAN dari segala aspek kehidupan kita.

Akhir kata (tetapi bukan kata-kata yang terakhir), BERHIJRAHLAH DENGAN SEIKHLAS-IKHLASNYA DAN BERSEDIALAH DENGAN SEGALA KEMUNGKINAN YANG MENDATANG DALAM PROSES PENGHIJRAHAN SERTA MOHONLAH 'TALIAN HAYAT' DARI ALLAH S.W.T DEMI MENJAYAKAN MISI PENGHIJRAHAN INI. Insya Allah.

melur said...
This comment has been removed by the author.
umar rayyan ku said...

Assalamualaikum w.b.t.

Terima kasih kepada ustazah kerana tidak pernah jemu berdakwah mengenai keindahan menutup aurat dengan sempurna, saya baru menghabiskan buku bicaralah atas nama kasih utk kali kedua..sewaktu membuai anak saya wajib membaca buku ustazah..garapan ustazah sememangnya berkali didalam buku tersebut mengingatkan kepentingan menjaga aurat terima kasih ustazah...=)

Backbencher said...

Assalamu'alaikum.

Sekadar berkongsi pandangan.

Apa yang saya faham tentang hijab dan aurat wanita ialah... Tutuplah kecantikan fizikal @ luaran kerana Islam mengajar umatnya melihat kecantikan dalaman seorang wanita iaitu akhlaknya, jiwanya dan kehambaannya kepada Penciptanya. Kecantikan dalaman ini merupakan intipati bahagia yang sebenar.

Islam mahu kita melihat erti "cantik" yang hakiki yang tidak dimamah masa. Melihat kepada "cantik" yang tidak memerlukan kepada fesyen terkini, alat solek yang mahal dan pengiktirafan manusia.

Wanita muslim moden yang sedang bertempur antara kehendak Islam dan idealisme barat perlu percaya kepada:

"My faith in Allah defines me thus me is me and I am beautiful. No one can change that"

To my dear Zalikha:

Wearing hijab is a leap of faith. A tremendous change in a woman's life. It is a change that might not help us becomes perfect but most importantly it makes us an "improved" person.

Do it because you want Allah to love you more, not because what others might say. And again, if you want Allah to love you more do what He had said in His Holy Qur'an.

I wish you all the best.

RoseLangkawi said...

salam ya ukhtie, saya suka ayat ukhtie ni.."manusia tidak mampu mengalahkan syaitan hanya dengan kepandaian dan ilmu. Tetapi dengan taqwa dan ikhlas sahaja kita dapat selamat dari kesesatan"...

renung-renungkanlah

nur iman said...

salam... thankz...info yang berguna... mohon dikongsi dalam blog saya juga...

cahayapetunjuk said...

Salam..mohon izin share link ini ye...syukran