DI SEBALIK CEBISAN KAIN ITU...

Terlalu banyak yang mahu dibicarakan jika menyentuh tentang wanita dan aurat. Bermula dari persoalan asas, batas aurat yang ditentukan syari’at sehinggalah mencakupi perkara berbangkit yang timbul di sekitarnya.

Saya bersyukur kerana bermula dengan artikel bertajuk : Antara dua cinta sehingga yang terbaru : Jangan buka diri, saya melihat suatu perkembangan perbincangan yang baik dan penuh kesedaran di dalam diri pembaca untuk menilai tahap penutupan aurat di dalam diri masing-masing. Bukan sekadar pakaian, penampilan, pembawaan diri, pergaulan dan batasannya, malahan gambar-gambar yang tersebar di ruang cyber juga harus diambil kira oleh seseorang muslimah dalam menentukan tahap kesempurnaan penutupan aurat dan hijabnya.

Walaupun tidak semua persoalan yang timbul, dapat saya balas dan memberi pandangan, tetapi saya mengharapkan segala butiran yang ditulis di dalam setiap artikel tersebut dapat memberikan serba sedikit gambaran tentang ‘penutupan aurat’ dan berhijab yang sewajarnya diusahakan oleh setiap wanita Islam.

Terbaru, timbul satu persoalan mengenai hukum pemakaian purdah atau niqab. Ia bertitiktolak dari artikel saya yang bertajuk : Menggenggam bara api, yang membicarakan di dalamnya tentang kekangan yang dihadapi oleh kelompok muslimat berpurdah di Perancis.



PURDAH DAN HUKUMNYA
Sejak dua tahun kebelakangan ini, saya melihat satu perkembangan yang sungguh memberangsangkan bila mana ramai muslimat terutama yang muda, bekerjaya atau masih berstatus penuntut universiti, mengenakan purdah dan menutup wajah. Saya gembira dan bersyukur kepada ALLAH SWT atas kurniaan kesedaran kepada golongan muda belia ini kerana selain ia merupakan sunnah yang diamalkan oleh para ummahatul mukminin, ia juga dapat menambahbaik suasana penutupan aurat di kalangan mereka sekaligus memberi penampilan yang lebih solehah dan terjaga di kalangan masyarakat umum.

Saya tidak berhasrat membicarakan secara panjang lebar tentang hukum purdah dan seumpamanya kerana para ulama, baik silam mahupun kontemporari tidak pernah sunyi dari membincangkan persoalan ini demi kemaslahatan wanita Islam dan ummah secara umumnya. Namun, secara ringkasnya, hukum pemakaian purdah ini merupakan masalah khilafiyyah yang diiktiraf ( yang diperselisihkan hukumnya ).



Ada di kalangan ulama yang mewajibkannya dengan menganggap wajah wanita adalah `aurat, manakala jumhur fuqaha’ (majoriti ulama fiqh) pula menganggap sebaliknya. Akan tetapi mereka bersepakat bahawa seseorang muslimah itu wajib menutup wajahnya apabila keindahan paras rupanya itu menyebab terjadinya fitnah dan keburukan, di samping sebagai langkah menutup pintu kerosakan ( sadduz zara’i ) .

Di antara barisan ulama kontemporari yang tegas menyatakan bahawa rupa paras wanita adalah aurat ialah al-Syeikh Ibn Baz rahimahullah di dalam fatwa-fatwanya yang banyak. Juga Dr. Sa`id Ramadhan al-Buthi di dalam bukunya “إلى كل فتاة تؤمن بالله” ,`Abu al-`Ala al-Maududi rahimahullah di dalam bukunya al-Hijab dan Syeikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin di dalam karyanya, Risalah al-hijab. Sementara ulama yang menyatakan wajah wanita bukan aurat adalah majoriti ulama semasa, di antaranya Dr. Yusuf al-Qaradawi di dalam bukunya “نقاب للمرأة المسلمة، بين القول ببدعيته، والقول بوجوبه”” , Syeikh Nasiruddin al Albani rahimahullah di dalam “جلباب المرأة السلمة في الكتاب والسنة“ dan Syeikh Taqiyuddin An-Nabhani di dalam, Nizhamul Ijtimaei fil Islam .

BERBEZA PANDANGAN
Dari penjelasan hukum purdah secara ringkas di atas, seseorang muslimah boleh berpegang kepada pandangan yang mewajibkan atau memilih untuk menutup seluruh tubuh dengan penutupan yang sempurna kecuali muka dan tapak tangannya sahaja. Perlu diingat, ulama telah membahaskan panjang lebar tentang wanita, aurat dan hukum yang bersangkutpaut dengannya termasuk hukum berpurdah melalui penilaian dan perbahasan dalil-dalil dari al Quran dan sunnah, untuk keperluan dakwah dan menjauhkan keburukan yang semakin melata hari ini atas nama Islam dan iman.

Walaubagaimanapun, tidak perlu mana-mana wanita yang berpegang kepada salah satu darinya memandang hina atau buruk kepada golongan yang berbeza pandangan dari mereka. Di dalam hal ini Dr. Yusuf al Qaradawi menyatakan :

“Hence, the woman who adopts the view that niqab is obligatory and actually wears it is not to be criticized for this, nor should she censure the woman who covers all her body except the face (for not wearing niqab). Nor should blame be placed on the woman who wears niqab, not because she believes it to be obligatory, but as a means of attaining piety and being on the safe side with regard to her religious duties, as this opinion has also a scholarly support.”

Beliau seterusnya menambah :

“But never do I hold that this opinion — that covering the woman's whole body except the face and hands is the obligatory attire for the Muslim woman — be imposed on the woman who believes in the other opinion, according to which veiling the face is obligatory and uncovering it is forbidden. I will only blame the advocates of the latter opinion if they attempt to impose their attitude on the proponents of the former one and accuse them of being sinful and wrongdoers for adopting it. It is agreed upon that, with regard to the controversial issues on which scholars have given different personal legal opinions, there is no blame to be placed on a person for following a certain personal legal opinion to the exclusion of others.

The advocates of my opinion and I, in turn, do not have any right to censure the supporters of the counteropinion for believing that it is obligatory for women to wear niqab. For, first, this counteropinion is a scholarly one within the framework of Islamic jurisprudence, and, second, had we criticized them, we would have committed a mistake which we are originally against, that is, denying others the right to differ with us.

Moreover, there are some women who see that, to be on the safe side, wearing a face veil is not obligatory, but, rather, desirable, and draws its wearer closer to piety and fear of Allah. There is nothing wrong in so believing, and no one has the right to blame the proponents of this opinion for following it, so long as this would not be of any harm to others or contradict either public or personal interests.”


Sementara itu, Syeikh Nasiruddin al Albani rahimahullah pula menyatakan :

“Dapat diambil kesimpulan bahawa permasalahan menutup wajah bagi seseorang wanita dengan purdah ( niqab ) atau yang sejenisnya seperti yang dikenakan oleh sebahagian wanita zaman ini yang bersungguh-sungguh menjaga dirinya adalah suatu perkara yang memang terdapat di dalam syari’at dan termasuk amalan atau perbuatan yang terpuji walaupun ianya bukanlah suatu hukum yang diwajibkan (ke atas mereka). Kepada mereka yang mengenakannya (menutup wajah) beerti dia telah melakukan suatu kebaikan dan mereka yang tidak melakukannya pula tidaklah berdosa.” ( Al Albani, Jilbab al-Mar’atil Muslimah fii Kitabi wa as-Sunnah, 1412H, m/s. 128)

KEFAHAMAN DAN TAQWA
Kita kini telah terlalu jauh dari tempoh waktu kenabian. Telah terlalu lama terpisah dari zaman salafussoleh yang amat menitikberatkan sifat wara’ dan berjaga-jaga dalam setiap tindakan, sehingga terlalu banyak ajaran dan aturan Islam yang dipandang aneh dan lekeh. Dewasa kini, bukan lagi sesuatu yang luarbiasa, keberadaan wanita di luar rumah tanpa batas, hilir mudik ke hulu dan hilir di depan lelaki ajnabi atau bersama-sama lelaki yang bukan mahram tanpa keperluan yang syar’i. Ditambah lagi, mereka keluar dengan mengenakan busana yang kurang sempurna penutupannya, dan memperlihatkan pula keelokan paras rupa, keindahan anggota tubuh, kemolekan tatarias dan dandanan, serta semerbak aroma di badan.

Justeru itu, apa yang paling utama pada pandangan saya sendiri adalah, baik berpurdah atau tidak kedua-duanya perlu memiliki kefahaman yang didasari ketaqwaan kepada ALLAH SWT tentang arahan menutup aurat dan berhijab ke atas wanita ketika berada di luar rumah sebagai suatu konsekuensi iman yang ada di dada mereka.

Muslimah yang benar-benar faham pasti menyedari bahawa di sebalik arahan agama agar wanita menutup aurat, lebih banyak berada di dalam lingkungan rumahtangga, memelihara pandangan, menjaga batas pergaulan dengan memelihara sifat malu dan lain-lain yang berkaitan, semua itu adalah sebagai hijab ( tabir pelindung ) yang bertindak umpama benteng dan dinding yang menyelamatkan mereka dari pandangan nakal dan gangguan lelaki-lelaki fasiq yang tidak berakhlak.
Suatu ketika, Rasulullah SAW pernah bersabda :

الْمَرْأَةُ عَوْرَةٌ، فَإِذَا خَرَجَتِ اسْتَشْرَفَهَا الشَّيْطَانُ

Maksudnya : “Wanita itu aurat, maka bila ia keluar rumah, syaitan terus memandanginya (untuk menghias-hiasinya dalam pandangan lelaki sehingga terjadilah fitnah).” (Disahihkan oleh al-Imam al-Albani rahimahullah dalam Sahih at-Tirmidzi, al-Misykat no. 3109, dan al-Irwa’ no. 273. Dishahihkan pula oleh Al-Imam Muqbil ibnu Hadi Al-Wadi’i rahimahullahu dalam Ash-Shahihul Musnad, 2/36)

Umat Islam hari ini ramai yang terlepas pandang akan hadis Nabi SAW di atas. Jikapun ada yang mengetahuinya, tidak ramai yang dapat menerimanya dengan hati terbuka bersuluh iman kerana intipatinya yang tidak selari dengan hawa nafsu, bahkan mereka mendakwa ia hanya merendahkan-rendahkan kaum wanita, tidak lagi relevan dengan perkembangan zaman, dan kata-kata lain yang bermaksud penolakan.

Kerana itu, saya berpandangan, baik seseorang muslimah itu mengenakan purdah atau memilih membuka wajah, keberadaan mereka di ‘luar’ rumah baik di alam nyata atau di alam maya perlu diawasi dan dibatasi sekadar perlu. Apa yang perlu diimplimentasi adalah ruh dari penutupan wajah itu iaitu merendahkan pandangan dari dipandang dan memandang secara tidak wajar.

LAZIMI RUMAHMU
ALLAH SWT memerintahkan agar wanita duduk diam di rumah jika tiada sebarang urusan yang berkehendakkan mereka perlu keluar, seperti menuntut ilmu, bekerja menambah ekonomi keluarga, mendapatkan rawatan atau nasihat perundingan dan lain-lain yang diizinkan agama, dengan manfaat agar nilai dan harga diri wanita sebagai perhiasan dunia yang indah dapat terus dipelihara. Firman-NYA :

وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَى وَأَقِمْنَ الصَّلَاةَ وَآتِينَ الزَّكَاةَ وَأَطِعْنَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيرًا

Maksudnya : "Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, hai ahlul bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya." ( Surah al Ahzab ayat 33 )

Walaupun zahir ayat ini ditujukan kepada para isteri Nabi SAW, namun wanita selain mereka perlu mentadabbur ayat ini dan mengambil sudut manfaat serta maknanya. Wajar difahami bahawa maksud dari ayat ini bukan untuk membatasi ruang gerak seorang perempuan atau mengurangi peranannya di dalam masyarakat, tetapi hakikat dan maksudnya adalah untuk mengatur bagaimana seorang perempuan tatkala keluar dari sempadan rumahtangganya agar tetap selari mengikut syari'at agama.

Sayangnya, ramai yang telah terlupa tentang ini dan 'membuka' diri bukan sekadar dengan menjadi pengunjung tetap pusat membeli belah tanpa tujuan membeli, sekadar berlegar-legar dan window shopping, bahkan lebih dari itu mereka menggunakan hujung-hujung jari mereka sahaja untuk memperaga wajah dan rupa.

BUKA DIRI
Fenomena ini tidak terkecuali kepada muslimah yang tidak menutup wajah semata-mata, tetapi turut menjangkaui muslimah yang memakai niqab dan purdah.

Saya mengatakan begini lantaran pengalaman sendiri tatkala menemukan foto-foto muslimah berpurdah yang bergambar dengan solekan di bahagian mata dan dilirikkan pula mata itu dengan gaya yang pada saya tidak sesuai dengan akhlak muslimah solehah yang benar-benar mahu menutup pintu fitnah dari menerjah masuk ke dalam dirinya atau orang-orang yang melihatnya. Di bawah gambar-gambar itu, bertali pula komen-komen pujian dari teman-teman lelaki dan wanita terhadap kecantikan matanya yang satu-satunya dapat mereka teliti dan perhati.

Memang benar mengenakan solekan di mata iaitu dengan memakai celak adalah termasuk di bawah perbahasan ‘perhiasan yang biasa nampak darinya’ sebagaimana pendapat Ibnu Abbas, Anas bin Malik dan Qatadah. Lalu, harus menggunakan celak mata baik bagi lelaki dan wanita sebagaimana yang dinyatakan oleh Dr Abd Karim Zaidan menerusi kitab karangannya: al Mufassal fi ahkam al mar’ah wa al bayt al muslim fi as syariah al Islamiyyah, Jilid 3.

Namun, mengenakan celak dan solekan yang tebal agar lebih menyerlah kecantikan mata dan menambahkan keindahan pesonanya, sudah tentu tidak termasuk di dalam keharusan ini kerana ia sudah dikira tabarruj ( berhias ) yang ditegah yang mampu menarik perhatian orang yang melihat dan melahirkan perasaan yang tidak baik terutama kepada kaum lelaki.

Begitu juga, kepada adik-adik remaja yang berpurdah di luar tetapi membiarkan gambar-gambar mereka ketika wajah yang indah itu tidak bertutup, disebar luas melalui laman sosial dan blog dan boleh ditatapi berkali-kali terutama oleh mata-mata jejaka yang ternanti-nanti peluang melihat wajah yang selama ini terlindung di sebalik niqab dan purdah.

Sungguhpun tidak haram membuka purdah, namun tindakan ini tidak selari dengan objektif mereka berpurdah ketika berada di khalayak ramai dan menyalahi konsep hijab itu sendiri, apatah lagi bila gambar yang dipamerkan itu juga memperlihatkan aksi-aksi yang melampaui batasan yang sepatutnya. Akan tetapi jika sebaliknya, maka ia dibolehkan dengan harapan semoga dengan izin-NYA ia menjadi asbab yang dapat membuka pintu kesedaran kepada muslimah lain yang menatap untuk mencontohi tindakan mereka berpurdah dan melindungi kecantikan wajah kerana Allah SWT, InsyaALLAH.

DI SEBALIK CEBISAN KAIN ITU….
Muslimahku, kita melindungi aurat dan mengenakan hijab yang sempurna bukan kerana semakin ramai wanita melakukannya, bukan dek terikut-ikut dengan trend semasa, juga bukan kerana mahukan pujian sebagai wanita solehah yang terpilih dan mulia, tetapi demi mencari keberkatan dengan mengikuti ‘jalan’ para isteri nabi dan sahabiah di zaman baginda yang merupakan sebaik-baik contoh tauladan dan tuntunan buat muslimah beriman.

Baik berpurdah atau tidak insafilah bahawa kita membawa syi’ar Islam di sebalik cebisan kain yang dikenakan. Kita melindungi diri dari menjadi perhatian dan tontonan semata-mata demi mencari keredhaan ILAHI kerana sesungguhnya Allah SWT menghendaki agar kain yang dipakai untuk melindungi aurat itu adalah juga penutup dan tabir pelindung dari pandangan ‘mata-mata’ syaitan durjana. Ia pemangkin rasa malu, penghidar cemburu melulu dan pemelihara maruah serta harga dirimu.

Karena itu, di sebalik cebisan kain itu, suburkan rasa malu, dengan menjauhi larangan-NYA dan berpegang erat dengan segala perintah-NYA. Sedarilah, perasaan malu selalu membawa kepada kebaikan kerana malu itu sememangnya tanda aras dan penentu nilai seorang muslimah bertaqwa dan beriman.



Semoga kita tergolong di kalangan mereka, ameen.

Mencari dan terus mencari cinta ILAHI.

Jumpa lagi, InsyaALLAH.

Comments

Unknown said…
assalamualaikum ina.
terima kasih sangat-sangat kerana menulis perkara ini. kakchik sangat setuju dengan apa yang ina sentuh terutama di bawah subtopik Buka Diri. kakchik ada bbrp kali menegur kenalan berpurdah terutama di FB yang banyak meletakkan gambar mereka berpurdah tapi bercelak begitu tebal sekali. ada yang boleh menerima dgn baik tapi ada juga yang merajuk. moga-moga teguran dan perkongsian ilmu yang ina tulis ini akan dapat membuka mata hati muslimah kita sama ada yang berpurdah atau tidak. moga-moga akhlak kita selari dengan kesempurnaan pakaian yang kita pakai.

kakchik yang lemah.
soleh solehah said…
mari beli purdah di blog saya,
purdah ni kalau nak cari kat kedai memang susah nak jumpa.
jadi tujuan saya jual purdah di internet adalah untuk memudahkan orang membeli dan memakainya.

harga murah saje..

dijemput datang ke blog
mamdoh said…
.: Terima kasih untuk ilmu, mamdoh hargai sgt2. :-) untuk bekalan diri dan masa depan. Terima kasih. :.
Unknown said…
Salam kak Ina,

Alhamdulillah...terima kasih atas penjelasan kak Ina. Moga tidak ada diskriminasi minda lagi bagi yang berpurdah atau tidak.

Videonya juga amat membantu akak. Terima kasih. Sayang kak Ina!

-ibunoor-
Salam, Kak Chik :)

Alhamulillah dan tahniah atas usaha Kak Chik menasihati sahabat-sahabat lain. Sebagai manusia, memang tidak mudah berlapang dada menerima teguran walau ia lembut dan tidak keras sekalipun.

Kita serahkan kepada Allah SWT dan berbaik sangka. Mudah-mudahan, jika bukan hari ini, esok lusa mereka akan menerimanya juga dengan izin Allah SWT.

Terima kasih atas perkongsian Kak Chik. Ina juga lemah bila bersendirian. Kerana itu kita berusaha untuk saling sokong menyokong serta membantu ke arah taqwa dan iman. InsyaAllah.
SOLEH SOLEHAH : Semoga usaha saudari diberkati Allah SWT.
MAMDOH : Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang memiliki ilmu yang Maha luas dan tiada tepinya. Apa yang diberi tidak lebih dari hanya setitis dari lautan ilmu Allah SWT. Hanya menyampaikan atas saranan rasul Junjungan, manakala hidayah dan keinsafan masing-masing perlu mengusahakannya agar jalan ke arah itu dilorongkan oleh-NYA.

Terima kasih kembali kerana membaca. Semoga ada manfaat yang dapat diambil bersama darinya.
SATU : Ws, Nor. Alhamdulillah, kita sememangnya sama di sisi Allah SWT melainkan taqwa yang membezakan.

Tiada yang selamat dari godaan syaitan melainkan hamba-hambaNYA yang ikhlas dan menyucikan jiwa.

Takut dan resah bila mengenangkan ini lantaran syaitan itu yang kreatif sifatnya...mudah-mudahan, kita akan selalu saling mengingatkan, nasihat menasihati dengan kebenaran dan kesabaran.

"Berilah peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada orang-orang yang beriman."

Jazakillah Nor :)
kak aishah said…
salam dik..jazakillahkhaira katsira...adik telah meleraikn kekusutan yg kak cuba nk terangkn mengapa niqab menjd pilihan..t kasih sgt2 suhanallahiaddakhalqi wa ridhonafsiwazinata'arsy wamidadakalimatih..bertepatan dgn hati kak mengapa niqab menjd pilihan..thank you Allah swt..thank you Rasulullah saw u showed us the way to attain Allah's pleasure and to repent all our sin..menitis air mata kak membaca dn menonton youtube itu..terasa ada juga insan yg membela disaat menggenggam bara api ini..dik doakan kak ya..
Amoi Ida said…
Terima kasih kak..

Baca banyak kali bagi paham betul2..

Terharu..apalagi tengok video tu..sebak..

Moga Allah sentiasa memelihara muslimah yg benar2 menjaga aurat dan akhlaknya di dunia dan akhirat..

Popular posts from this blog

JANGAN HILANGKAN.....

Pernahku... ( Sempena 8030 hari mengasihimu )

YANG PERTAMA DAN KEDUA