AYAH DAN IBU....DENGARKANLAH...





Wahai ayah dan ibu,
Didik anak perempuanmu,
Bukan sekadar cantik dan gaya,
Bukan untuk memukau mata jejaka,
Tetapi didik mereka rasa mulia,
Peribadi sopan bersulam malu,
Jati diri muslimah sejati, menarik cinta dan kasih ILAHI.

Wahai ayah dan ibu,
Didik anak lelakimu,
Bukan semata kuat dan kuasa,
Bukan sekadar tubuh sasa, tampan mempersona,
Tetapi didik mereka cemburu, kehormatan, dan bijaksana,
Kuasa ilmu penampilan muslim bertaqwa.

Wahai ayah dan ibu,
dari pancaran sinar mata anak-anakmu,
Kalianlah teladan, penunjuk jalan, arah pandu kehidupan,

Kadang bimbingan tidak perlu kata-kata,
Banyak ketika, panduan tidak perlu jutaan bicara,
Cukuplah tindakan, perkataan dan cara hidupmu mereka perhatikan,
Jika ingin anakmu hidup berakhlak dan berpedoman,
Hiduplah sebagai contoh ikutan!

Mencari dan terus mencari cinta ILAHI.

Jumpa lagi, InsyaALLAH.

Comments

Unknown said…
Salam kak,

Terima kasih kak atas peringatan...amat berbekas di hati.

-ibunoor-
One Malaysia said…
salam..boleh sy cut n paste kata2 ini utk fb sy.
fizzahyahiya said…
Benar sangat... tapi rasa sedih bila dalam sesetengah situasi, ibu dan bapa dah tunjuk contoh terbaik, but still....
Mak anak enam said…
menarik & jazakallah kerna bgi ingatan
Guru said…
menarik..
boleh dijadikan peringatan

terbaru dari saya : melampias marah, makan goreng pisang panas
Unknown said…
assalamualaikum ina.

kakchik nak kongsikan puisi ni kat blog. harap ina halalkan ya.
Hafriz Mohamad said…
salamullahi'alaikum...

huhu...bratnye tggungjwb ibu bapa ni.
aku ni brangan mcm2..nk kawen la, nk ade ank la..tp ape pn xde. =(
farahana said…
salam..

minta izin copy for sharing purpose kay.tq.

Popular posts from this blog

JANGAN HILANGKAN.....

Pernahku... ( Sempena 8030 hari mengasihimu )

YANG PERTAMA DAN KEDUA